Utusan Online
 
9 Mei 2009 / 14 Jamadil Awal 1430
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita
KORPORAT

ARKIB : 15/12/2008

Nehemiah akan disenaraikan pada masa sesuai

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Syarikat tempatan, Nehemiah Reinforced Soil Sdn. Bhd., menyasarkan penyenaraian di Bursa Malaysia dalam masa beberapa tahun akan datang.

"Kami merancang untuk mengumpul modal melalui pasaran modal bila masanya mengizinkan. Pada ketika ini, semua pasaran nampaknya tidak menentu.

"Kami mepunyai rancangan untuk melebarkan sayap ke negara-negara lain, termasuk Hong Kong, Pakistan, Kazakhstan dan Vietnam," Pengarah Urusannya, Dr. Ir Nehemiah Lee baru-baru ini.

Teknologi Reinforced Soil adalah teknologi ciptaan tempatan manakala Dr Lee ialah pemegang patennya.

Syarikat itu mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, bekalan dan pembinaan sistem tembok penahan patennya sendiri dikenali Nehemiah Anchored Earth Wall.

Sejak penubuhannya pada 1993, Nehemiah Reinforced Soil berkembang pesat dan mengeksport teknologinya ke seberang laut ke Singapura, Sri Lanka, Bangladesh dan India.

"Kami akan mula mengeksport teknologi kami secara besar-besaran mulai tahun depan dan seterusnya," tambahnya.

Di samping Malaysia, Dr. Lee juga memegang paten bagi Nehemiah Wall di Australia, India dan Korea.

"Adalah menarik bahawa Australia menggunakan teknologi kami. Dengan ini, kami boleh menyatakan bahawa syarikat tempatan kini mampu mengeksport teknologi ke seberang laut," kata Dr. Lee.

Syarikat itu mempunyai 60 jurutera dan penyelaras projek yang berpengalaman dan amat cekap, dengan kebanyakan mereka Bumiputera.

Ia menyediakan perkhidmatan kejuruteraan bagi membantu dalam pengiraan reka bentuk, analisis dan penyediaan lukisan daripada peringkat konsep reka bentuk hinggalah kepada lukisan pembinaan akhir.

Nehemiah turut memberi bantuan dalam penyediaan bahan dan spesifikasi pembinaan, di samping nasihat serta bantuan teknikal semasa pembinaan.

Nehemiah Reinforced Soil mencatatkan hasil sebanyak RM39 juta pada 2007, RM22 juta pada 2006 dan RM19 juta pada 2005.

Keuntungannya dalam lingkungan 10 peratus daripada perolehan.

IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN
 


IKLAN Teks